HISTORICAL ABOUT LENGGONG

The Lenggong valley in Ulu Perak is one of Peninsular Malaysia's most important areas for archaeology, as excavations have revealed many traces of Malaysia's prehistory. It is the site of the oldest known place of human activity in the Peninsula. Today it is still a rural area, with small kampungs surrounded by green vegetation and limestone hills. Lenggong can be likened to an open-air museum, and is home to legends, skeletons, cave drawings and precious finds such as jewellery, pottery, weapons and stone tools. Many of the caves in the Lenggong area have revealed evidence of ancient humans having lived and hunted in this area.

Lenggong is accessible by trunk roads connecting it with neighboring towns and cities. The town of Lenggong is situated some 100 kilometres north of Ipoh on the Kuala Kangsar to Grik road. The road to Lenggong is surrounded mostly by oil palm estates and jungles. As cows and buffalo are part of the agriculture, they are often seen along the road. The jungles (about million years old) are now in danger of heavy illegal logging.

To visit Lenggong, from the North-South Expressway take Exit No.143 at Kuala Kangsar – that’s about 3 hours away from Kuala Lumpur. Then take Route 76 to Lenggong. The new highway is open and has replaced the old scenic kampung road

REHLAH SANTAI PEMUDA LENGGONG (ReSaP '10)

Saturday, March 27, 2010

JELAJAH KEM PERMATA SOLAT






Meneruskan lagi misi iaitu meningkatkan kecermelangan diri generasi baru melalui memperkemaskan asas utama iaitu melalui solat , GAML menjelajah lagi kali ini menerobos KG BELIMBING yang mana terletak didalam parlimen Lenggong. Dimana program yang dinamakan Kem Kecemerlangan Solat telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 17-18/03/2010. Pada Kem kali kali ini telah berjaya menghimpunkan seramai 40 orang generasi baru yang mana terdiri dari penduduk KG BELIMBING dan sekitar nya.Beberapa Orang ustaz yang terbaik di kawasan ini telah diberi amanah untuk memimpin kem ini.Diharapkan selepas ini GAML akan meneruskan lagi misi untuk jelajah kampung ke kampung untuk mengwujudkan biah solehah di kawasan Lenggong .nantikan kemunculan kami di KAMPUNG anda.......' NEGARA YANG BAIK BERMULA DARI PENDUDUK DAN PEMIMPIN YANG BAIK' .

Wednesday, March 24, 2010

TAZKIRAH REMAJA : PELINDUNG DIRI DARI SYAITAN

HIDUP tidak sunyi daripada ujian dan bahaya. Dalam pelbagai bahaya, yang paling bahaya ialah bahaya syaitan. Sebab itulah benteng pertama yang diajar Allah ialah "saya berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Bahaya penyakit fizikal seperti jangkitan kuman atau virus, binatang buas, bencana tanah runtuh dan
gempa bumi hanya akan membawa akibat fizikal seperti kecacatan, kesakitan, kerugian dan kematian.

Tetapi, akibat dan bahaya syaitan akan membawa kecacatan rohani, ketempangan sosial dan kedangkalan sistem politik yang akhirnya membawa diri ke 'neraka sementara' di dunia sebelum neraka kekal di akhirat nanti.

Jika hendak melawan syaitan sepatutnya kita mengetahui karakter dan strategi serta selok-belok, modus operandi dan organisasinya.

Patut juga diketahui ialah kelemahan dan pantang larang syaitan, iblis dan konco-konconya. Siapa musuh iblis dan syaitan?

Mereka ialah Rasulullah s.a.w, orang beriman yang pengasih dan penyayang, suka memberikan nasihat, bertaubat, berakhlak mulia, bersedekah, memberikan manfaat kepada orang lain, sentiasa berwuduk, tidak melakukan dosa, solat khusyuk, pemerintah yang adil, orang kaya yang rendah hati, peniaga yang jujur dan amanah, istiqamah membaca al-Quran dan orang yang bangun bersolat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sementara sahabat syaitan dan iblis pula ialah orang kaya yang sombong, peminum arak, hakim yang tidak adil, peniaga yang tidak jujur, orang yang tidak membayar zakat, orang yang meringankan solat, orang yang makan harta
anak yatim, orang yang beramal kerana nama, orang yang penghasut dan pendengki serta orang yang membuang masa dan melakukan perbuatan sia-sia.

Pintu hati manusia yang dimasuki oleh iblis:

* Putus asa dan kecewa

* Memandang remeh pada dosa kecil

* Panjang angan-angan dan suka puji-pujian

* Memandang rendah orang lain

* Tidak takut murka Allah

* Tidak boleh mengawal marah

* Ujub, sombong, riak dan buruk sangka terhadap orang lain

* Terlalu cinta dunia

* Bakhil dan kedekut

Rumah yang tidak dimasuki iblis ialah rumah yang penghuninya saling bermaafan, dalam keadaan berzikir, selalu menjauhi dosa, merendah diri kepada Allah, soleh dan solehah, berbakti kepada ibu bapa, berwuduk dan bersolat serta sentiasa membaca al-Quran.

Ada beberapa jenis senjata untuk melawan syaitan, iaitu membaca
Bismillah, banyak berzikir, beristighfar, membaca "la ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin" , membaca doa pagi dan petang, bersugi dan gosok gigi, solat berjemaah, berwuduk sebelum tidur, menutup aurat, membaca doa masuk tandas, banyak berselawat kepada nabi, bertaubat banyak-banyak dan banyak membaca al-Quran.


PENGESAHAN halal dan haram dari JAKIM


1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family Restoran


Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express


Bagi minuman rin gan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,
Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :

1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam .Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segibahan kandun gan .
Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar den gan JAKIM adalah syarikatUpha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal den gan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Mar jan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapatdipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King's Confectinery
telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco adasebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka den gan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapiStarbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.
.

Monday, March 22, 2010

Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar

Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar
www.iluvislam.com
Oleh : Mohd Shahrul Naim*
Editor: naadherah


Sejujurnya saya memang berminat dalam mengkaji topik "kanak-kanak pintar". Izinkan saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua maklumat yang saya dapat:

cool Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal

• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi

• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah

• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti

• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya



embarrassed Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka.
Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

Saturday, March 20, 2010

KEM PERMATA SOLEH 1 '09





KEM PERMATA SOLEH '09



Pada bulan 12 2009 yang lepas ,bertempat di Masjid Jamek lama Lenggong.., GAML telah memulakan langkah yang pertama dengan mengadakan Kem Permata Soleh '09 dengan jayanya . Kem ini telah berjaya menarik perhatian ibu bapa disekitar Parlimen Lenggong untuk menghantar anak mereka ke Kem ini.Walaupun julung 2 kali diadakan di kawasan ini , namun penyertaan peserta untuk kem yang pertama ini ialah seramai 40 orang.Dimana pecahan peserta ini mengikut umur dari peringkat umur 7 tahun -9tahun (sasar 1) ,10 tahun -12 tahun ( sasar 2) dan 13 tahun -17 tahun ( sasar 3).Kem ini turut bebesar hati tengan kehadiran penghulu mukim Lenggong untuk merasmikan majlis penutup Kem ini.

Kem ini telah dibarisi oleh penggerak 2 GAML sendiri ini telah mencapai objektif diatas sasarannya iaitu
1) melahirkan generasi baru yang celik solat
2) memberi kesedaran kepada generasi baru yang sayangkan islam
3) menjadikan generasi baru ini penyampai risalah agama pada keluarga dan komuniti sekitarnya


Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberi impak dan megubah geografi dalam melahirkan generasi baru yang dapat memimpin masyarakat sekitar untuk tempoh akan datang......







KEM REMAJA LUQMAN – KPIPM TURUN PADANG


Adhoc dan Fasilitator bergambar kenangan bersama Pengarah JAIPk

Alhamdulillah pada tanggal 16-18 Oktober 2009,Pejabat Agama Daerah Grik dan Pengkalan Hulu dengan kerjasama Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir(KPIPM) Berjaya menganjurkan Kem Remaja Luqman yang bertempat di Nur Lembah Lenggong,Lenggong,Perak.Para peserta yang terlibat ialah dari lingkungan 15-30 tahun yang datang dari daerah Pengkalan Hulu dan Grik.Manakala fasilitator dan adhoc terdiri daripada ahli KPIPM yang pulang bercuti dan yang sudah tamat belajar.


Objektif program ini dilakukan ialah untuk memberi pendedahan kepada remaja tentang hala tuju hidup yang jelas dan membantu membina jatidiri berpandukan kepada modul Luqmanul Hakim.Antara pengisian yang diadakan ialah Talk Show bertajuk :We Must Be Like Him(Rasulullah s.a.w) yang dipanelkan oleh Tuan Hj Mohd Kamal Bin Nor dan Tuan Haji Zakaria Abd Razak dan dimoderatorkan oleh Us Husni dan Ust Nur Raudhah Hanum, Pembentangan It is Our Body,Kursus Ringkas Amali Solat,Forum Perdana serta Koreksi Diri.




Forum Perdana yang berlangsung di Masjid Jamek,Lenggong


Pada Hari Sabtu diadakan Forum Perdana yang bertempat di Masjid Jamek Lenggong yang membariskan panel-panel yang terdiri daripada Us Munawir bin Salehuddin,bekas penuntut Azhar dan Us Mujahid Muhammad Fadzil ,Mantan YDP KPIPM yang juga penuntut Kuliah Usuluddin,Univ Al-Azhar ,Kaherah.Forum yang bertajuk Hubungan Kekeluargaan Dalam Pembentukan Masyarakat dikupas dengan menarik oleh kedua-dua ahli panel sehingga memukau para hadirin yang terdiri daripada penduduk kampung serta peserta-peserta Kem Remaja Luqman sendiri.

Program sebegini merupakan satu kejayaan besar kepada KPIPM kerana buat pertama kalinya dapat turun kepada masyarakat yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.Tahniah diucapkan! Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Pejabat Agama Daerah Grik dan Pengkalan Hulu yang memberi peluang kepada KPIPM untuk menjayakan program ini.

SYABAS dan SYUKRAN kami ucapkan dari GAML dalam bersama 2 membentuk generasi baru anak-anak permata Lenggong.

rujukan : http://ahlamnuwairah.blogspot.com/2009/10/kem-remaja-luqman-kpipm-turun-padang.html

Friday, March 19, 2010

GAML bersama masyarakat majlis korban




Bersempena majlis korban yang telah diadakan di kg Luat GAML telah bersama 2 membantu masyarakat kampung untuk bersama menjalankan ibadah korban.Program ini telah berjaya menarik ramai anak muda untuk mendekati , dan merasai suasana ibadah korban ini.. yang mana sebelum ini ramai yang menganggap kerja 2 melapah dan ibadah korban ini dijalankan oleh generasi lama dan tua.


sekian dimaklumkan

Kempen menutup aurat


KEM PERMATA SOLEH 1 '09

MENYERAP JIWA PEMUDA PALESTIN